Monday, 7 May 2012

Segalanya Ada Batasan


Artikel Kebebasan berita dan informasi siber: suatu paradoks karya Dr Rhamat Ghazali merupakan suatu artikel yang membuatkan kita terfikir bahawa benarkah terdapat kebebasan mutlak bagi seseorang itu menulis apa jua yang dikehendakinya tanpa mengambil kira dan memikirkan perkara yang akan wujud kesan dari artikel yang ditulis. Setiap perkara pasti ada baik dan buruknya. Begitu juga dengan berita dan informasi siber. Semua orang sedar bahawa dalam dunia sekarang ini, apa sahaja info dan maklumat hanya di hujung jari. Hanya dengan ‘klik’, maka semua yang diingini pasti terpapar di hadapan skrin. Namun, adakah anda sedar bahawa apa yang dibaca itu bakal mempengaruhi cara pemikiran anda tidak kira samada bahan yang dibaca itu adalah satu bentuk fakta atau sekadar cerita rekaan yang tidak dapat dikenalpasti sumbernya terutamanya maklumat yang didapati dari blog-blog.

Jika kita melihat dari sudut pemikiran seorang penulis blog, mereka bebas menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran dan menterjermahkannya ke bentuk tulisan yang akan dibaca oleh berjuta-juta pelayar internet. Terdapat penulis-penulis blog yang benar-benar memanfaatkan blog mereka dengan menulis bahan-bahan bermanfaat dan memberi kesan yang baik terhadap masyarakat. Namun, kebanyakan penulis blog pada masa kini contohnya di Malaysia sendiri, menggunakan blog sebagai satu medium untuk menyebarkan dakyah-dakyah politik. Kebiasaannya mereka menulis menggunakan kata-kata cacian, ugutan, hasutan, sumpah seranah, sindiran dan kadang-kadang menjangkau ke kata-kata berbentuk lucah. Ini semata-mata untuk menunjukkan bantahan dan ketidakpuasan hati mereka terhadap sesuatu perkara.


Kebebasan siber telah dimaktubkan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang menyatakan dengan jelas bahawa “tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet (AKM 1998:3.3)”. Ini bermaksud bahawa pennguna internet bebas menulis apa sahaja yang dikehendaki tanpa ada batas dan sempadan. Apakah makna kebebasan dalam konteks ini? Adakah sangat bebas sehingga sesuatu bahan yang ditulis itu mampu mencetuskan pergaduhan di anatara pihak tertentu terutamanya di antara kaum yang berbilang bangsa di Malaysia ini? Adakah bebas sehingga boleh menyebabkan negara ini berada dalam bahaya dan kacau bilau? Adakah bebas sehingga semua perkara dan rahsia yang patut disimpan akhirnya tersebar luas untuk tatapan umum? Pastinya jawapannya tidak!



Seharusnya terdapat had dan sempadan pada setiap perkara di dunia ini. Dalam isu ini, kebebasan siber hanyalah suatu rekaan serta hanya angan-angan dan tidak mungkin seseorang itu boleh menulis sebebas-bebasnya tanpa menyebabkan sesuatu impak yang tidak baik pada kemudian hari. Para pengguna siber terutamanya penulis-penulis blog masih lagi terikat dengan Akta Hasutan 1969, Akta Fitnah 1957, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan mereka tidak boleh menulis sewenang-wenangnya apa-apa kandungan artikel yang tidak dibenarkan di bawah akta ini.

Secara tuntasnya kita dapat melihat bahawa tiada istilah bebas dalam menyebarkan sesuatu berita dan informasi di siber. Maklumat-maklumat yang terdapat di siber sepatutnya bersifat baik dan bermanfaat serta tidak menjadi faktor yang boleh menyebabkan kemanan dan kestabilan sesebuah negara itu terancam. Kesimpulannya di sini, Internet merupakan satu medium yang amat  berguna kepada masyarakat dan tempat untuk berkongsi serta bertukar-tukar pandangan di antara satu sama lain jika digunakan untuk tujuan kebaikan. Pada masa yang sama, ia boleh menjadi pemusnah jika digunakan dengan tujuan yang salah.





Online Journalism is less Credible as Compared to Mainstream Media.


People nowadays have many choices in every single thing in this world. They have the rights to choose what they like, what is more suitable for them, what can make their life easier and they can even select what news and information they want to know, as they can get all of that through online as well as by reading it from the mainstream media. Speaking about this matter, there is an issue stated that the online journalism is less credible as compared to mainstream media. Is it true? How far is the truth? Is it just an opinion or it is a fact? As for me, I have my own personal thoughts about this. There is no right or wrong. People can express what they feel and think about certain thing as everybody has their own perception on how they look at certain things.

 In the simplest term, online journalism is actually a news presentation through online media. It includes current events stories, entertainment news, and sports which is visible on the web. While mainstream media is where we can get information sources from newspapers, radios and televisions.

There are big differences between those two types of journalism. Everybody can write online especially through blogs. There is no special requirement or conditions that stated they should have qualification in order to write about certain issues before publish it on their blogs. Even a secondary school student, a farmer, a mechanic or a factory worker can write on blogs. What I am trying to say here is, the information they write online is from unreliable and sources that cannot be trusted. This is why we cannot simply read and believe whatever articles we read through online. It is different from mainstream media, which the stories and news are written by the trusted people based from the facts and real incidents that happened everyday. News that are been published in newspapers and radios as well as on televisions are facts and people should have no doubts to believe it.

Besides, the reason why online journalism is less credible is because there are no ethics in writing about any issues especially on blogs. Bloggers can write anything and everything they want no matter if the word they are using is harsh. Bloggers do not care if articles they write can turn into slanders and can create arguments that can make this country in chaos. They do not think about others feelings as they think that nobody can stop or control them. Mainstream media have gatekeepers who will control and filter whatever news before disseminating it to the audiences. This is crucial to maintain the peaceful and harmony in a country.

On top of that, as we all know, the dissemination of news and stories through online is much faster than the mainstream media. It is always good to know the information fast, but do we actually think that there must be an error, lack or false information, and this will make people who read it confuse and misunderstand of what actually happened in the real incident. There is no proof as there are no clarification and verifications on the issue. This will not happen in mainstream media as the news and stories is written by the professional journalist based on the real incidents that occur.

All the reasons stated above show that the online journalism is less credible than the mainstream media. Although any kind of information are accessible through online, but most of them are from unreliable sources. It is full of doubtful news and stories. People should know what the best for them and choose the right medium to get the real information. Avoid getting rumors to ensure that we only receive credible facts and information. This is very crucial to avoid misunderstanding that will lead and cause harm to the people, religion and nation.